Wednesday, March 25, 2009

Pengurusan Tingkah Laku

Sinopsis Lampiran 5 – The Mascot

Mrs Clem merupakan guru pembimbing bagi Ms. Cathy Anderson yang akan mengajar di sekolah selama 8 minggu. Pelajarnya adalah terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki yang kurang upaya. Bagi Cathy, dia mengharapkan Mrs. Clem mempunyai banyak pengalaman untuk dicurahkan bersamanya, yang telah berada 20 tahun dalam bidang pendidikan. Mrs. Clem juga menjadi peghalang kerana beliau tidak memberi peluang untuk Cathy mengajar malah selalu menukar jadualnya. Cathy hanya akan mengajar sekiranya Mrs.Clem mempunyai kerja yang lain tanpa diberitahu dengan lebih awal. Selain daripada itu juga, Mrs. Clem juga tidak suka dibetulkan walaupun beliau salah dalam menyebarkan maklumat kepada murid-murid.

Pada satu hari, Mrs. Clem mencadangkan Cathy untuk menggunakan salah satu daripada peralatan sains. Melalui pengalaman yang lepas, Cathy berhati-hati supaya rancangannya dirancang dengan rapi supaya bersedia dalam apa yang bakal dihadapi nanti. Seperti yang dijangkakan, sehari sebelu kelas Cathy mengajar, terdapat satu bengkel sains dan alatannya yang akan digunakan untuk mengajar juga dibawa bersama. Cathy hanya mengikut sahaja Mrs. Clem dan mendapati alatan yang dibawa tidaklah digunakan dan setelah balik ke sekolah, alatan sains tersebut tidak diletakkan di dalam tempat asalnya semula.

Pada pagi harinya mengajar, Mrs. Clem mengajar subjek kegemarannya yang berpaksikan strategi yang menekankan aspek kerjasama. Apabila murid menyiapkan kerja dengan cepat, Cathy akan memberikan ganjaran kepada mereka, tetapi tidak dipersetujui oleh Mrs. Clem. Jabar yang ingin menyiapkan kerjanya paling awal mengganggu rakannya yang lain supaya mereka lambat menyiapkan kerja meeka. Namun Cathy mengesannya lalu membetulkan supaya melakukan kerjanya. Setelah berkali-kali ditegur oleh Cathy, Jabar seolah-olah merajuk dan tidak ingin mendengar nasihat walaupun Cathy cuba mendekatinya. Menjelang masa rehat, Cathy cuba memujuk Jabar agar tidak merajuk atas kejadian tersebut.

Selepas rehat adalah masa yang dinantikan. Sebaik sahaja masuk ke kelas, Cathy mendapati alatan sains yang akan digunakan masih di dalam kereta Mrs. Clem. Cathy sedikit emosi dan semakin tertekan seolah-olah Mrs. Clem ingin menggagalkannya. Tambahan pula, Jabar, Isaac dan Thomas begusti di dalam kelas. Ini menyebabkan Mrs. Clem berteriak dan menyuruh anak muridnya berkelakuan baik dan menulis surat minta maaf kepada Cathy. Jabar yang enggan menulisnya, keluar dari kelas tetapi masuk semula tidak beberapa lama kemudian.

Seterusnya, Cathy ingin mengambil alatan sains, dan ingin membawa Tai pergi bersamanya. Namun begitu, Mrs. Clem membantah agar Jabar yang pergi. Di sini, timbul konflik, apabila Mrs. Clem memberi kunci kepada Jabar untuk pergi ke keretanya mengambil alatan walaupun tidak disukai oleh Cathy. Setelah balik ke dalam kelas, Cathy mendapati alatan tersebut bukanlah alat dalam rancangan pengajarannya dan alatan tersebut beada di tangan 8 orang murid-murid tersebut. Keadaan ini bertambah teruk apabila Jabar membuat bising dan mengganggu rakannya. Cathy menasihatkan Jabar sekali lagi dan Jabar sekali lagi keluar dari kelas. Cathy menyuruh Jabar masuk ke dalam kelas semula agar proses pegajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan sempurna, tetapi Jabar enggan. Seterusnya, Cathy mengugut Jabar bahawa masa rehatnya akan ditolak sekiranya dia tidak masuk ke dalam kelas dan akhir Jabar mengalah dan masuk ke dalam kelas semula. Cathy bercakap cuba memujuknya dengan lemah lembut supaya Jabar tidak mengganggap Cathy membencinya dan pada masa depan Jabar akan bertingkah laku baik.

by:

Mohamad Aiman bin Mohamad Sa'ed
Mohd Fazlie bin Asbi
Sumardi bin Sagah

Wednesday, March 4, 2009

Mohd. Farid Ibrahim

Assalamualaikum,

Berikut adalah kisah Allahyarham Mohd Farid
Ibrahim dari pandangan
sahabat madeehah, Muhannad Jamil dari West
Lafayette, Indiana.

wassalam


Bismillaahirrahmaanirraheem...

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah kerana limpah kurniaNya aku masih lagi dikurniakan saki baki umo utk meneruskan idup ini.Paling
penting sekali dua nikmat yg telah Allah kurniakan padaku iaitu nikmat iman dan Islam.Berckp pasal idup ni,teringat aku pada kisah seorg pelajar dari sekolah agama di Seremban yg meninggal dunia kerana dibelasah oleh senior di sekolahnya.

Maha Suci Allah,Allahyarham Mohd Farid Ibrahim ni sebenarnya rapat dgn ahli keluarga aku.Allahyarham dulu bersekolah rendah di sekolah
lamaku iaitu Sek Ren Islam As Saidiyyah,Seremban.Actually arwah sebaya dgn adik aku.Tp since adik aku lompat setahun,so adik aku kira awal setahun dari dia.Nak tunjukkan Allah tu Maha Berkuasa,adik dia plak satu batch ngan adik bongsu aku yg skrg ni dlm darjah 4 di As Saidiyyah gak.

Mak aku ngan arwah ni agak rapat gak la.Pertamanya sbb arwah ni dulu
naik bas sekolah yg mak aku uruskan.Kebetulan plak mak aku diamanahkan oleh pentadbiran sekolah menguruskan kantin sekolah tu.So arwah ni selalu la makan kat kantin tu.Masa urusan jenazah arwah pun,famili aku ada pegi ziarah keluarga dia.

Cuma aku tak bernasib baik tak sempat berkenalan ngan arwah sbb aku duduk asrama.So aku tak berapa kenal sangat member2 adik aku ni.Ikut apa yg mak aku ckp,arwah ni anak keempat daripada 5 adik beradik.Dia anak laki sulong dlm famili tu.Mmg anak harapan keluarga dia.Mak aku kata arwah ni mmg wara' dan tawadhu'.Actually sume produk As Saidiyyah cam tu,kecuali aku je sbb hati aku gelap sket.Tapi apa yg aku ckp ni mmg betul,mostly produk dari sekolah tu
mmg menjadi.Mungkin sistem tarbiah sekolah tu mantap.Sepanjang ingatan aku kat sekolah tu dulu,mmg terasa bezanya ngan sekolah lain.In fact biah (suasana) di KISAS pun tak se'islamic' di As Saidiyyah tu.Tapi nak buat cam mana,sekolah tu masih kekurangan bantuan kewangan dan tenaga pengajar.So time aku dulu,cuma ada sekolah rendah je.Nak masuk sekolah menengah kena pindah sekolah lain.Recently baru la derang berkemampuan buat sekolah menengah.

Ikut laporan newspaper,arwah ni bercita-cita nak jd ahli falak.Mak aku kata antara sbb dia pindah ke sekolah agama lain tu sbb sek As Saidiyyah tu takde peruntukan yg cukup utk pelajar lepasan PMR.Tapi kalau ikut laporan paper katanya dia pindah ke sekolah lain sbb keluarga dia tak mampu nak bayar yuran kat As Saidiyyah.Mungkin juga ada benarnya sbb As Saidiyyah tu sekolah swasta.Skrg aku nak citer hal sebenarnya cam mane kisah arwah ni kena pukul.Citer ni adalah daripada perbualan aku ngan mak aku yg berbual
ngan mak arwah.Mak arwah ada la jumpa kengkawan arwah ni utk tanya citer sebenar.Pastu pak cik aku plak ada kengkawan dia yg keja di Jabatan Pendidikan NS.So kes ni mmg org2 di jabatan pendidikan tau la sbb laporan diserahkan ke sana gak.

Arwah ni dah lama kena buli,since dia mula2 masuk dia dah kena buli dah.So satu hari ni senior dia kejutkan dia pukul3 pagi nak pinjam cerek letrik
dia.Ikut apa yg mak aku ckp,dia tanak kasi sbb cerek tu mak dia belikan.Sayang tul arwah ngan pemberian mak dia ni.Kerana sayangkan mak nyawa tergadai.Reason lain derang pukul arwah ni sbb derang jeles si arwah ni ramai cikgu sayang.Arwah
ni ada la wakil sekolah dlm beberapa pertandingan dan selalu jd imam waktu solat berjamaah di surau.So senior ni bengang la arwah ni fames.Cikgu sket2 sebut nama arwah.Derang berbulu la.Zalim betul senior2 yg pukul arwah tu.Tapi kalau cerek tu dia tak kasi pinjam pun aku leh paham.Biasala senior2 ni,kalau pinjam barang mmg akan jd milik derang terus la.So pada pagi weekend tu ada aktiviti ko kurikulum.Mak aku kata senior2 tu join kadet.Lepas je abis aktiviti tu,dlm pukul 10 pagi derang panggil arwah ni dan belasah dia amai2.Sblm dia dibelasah,kaki dan tangannya diikat.Maknanya dia tak leh nak cover badan dia daripada dipukul langsung.Mmg kena pukul open la.Tak leh nak self protect langsung. Masing2 still pakai but kadet.Korang bayangkanlah kalau kena belasah dgn but keras.Mmg sakit gile la.Tak heran la pundi dia leh pecah.Yg paling beraninya senior2 ni derang belasah depan junior2 lain.Maknanya derang bukan belasah sorok2.Cam time aku kat sekolah dulu,derang pi kat bilik kosong pastu belasah budak tu reramai.Tapi kes ni dia belasah kat depan org ramai.Tp budak2 ni tak berani nak tolong sbb senior2 tu gangster gile.Warden plak takde masa tu.Mmg bermaharajalela lah senior2 tu.Mak aku kata dua baldi pecah sbb digunakan utk belasah arwah tu. Lepas arwah ni kena pukul derang letak arwah ni bawah katil.Kira cam nak sorokkan la jgn kasi warden nampak masa warden dah balik.Lepas senior tukar baju sume,arwah ni still tak bermaya lagi.Derang biarkan je.Member2 arwah ni la yg letak minyak gamat kat kesan lebam2 di badan arwah ni.Yang paling menyedihkan,masa dia buang air kecil kuar darah.Kesian gile aku dgr.Member2 dia kena papah dia dari bilik air ke dorm.Memandangkan arwah ni still tak bermaya,senior2ni dah mula panik.Derang tukarkan baju si arwah ni dan angkat dia letak di bilik air.Pastu derang terus pi jumpa warden dan repot kata arwah terjatuh di bilik air.Keji betul.Dahla belasah anak org,pastu menipu lagi.Peracangan syaitan, biasa la.Tgk je la kisah Habil dan Qabil cam mane.Bijak sungguh syaitan ni.Banyak lagi kisah2 cam ni yg diriwayatkan dlm buku2 sirah.Kisah2 wali yg ditipu syaitan melambak gile.So kita
sambung balik.Jadi warden ni tak risau sangat la sbb ingatkan jatuh biasa je.So warden ni bawa arwah ke bahagian pesakit luar dlm tgh hari gitu la.Bayangkanlah after a few hours kena belasah baru nak bawa ke spital. Hanya Allah je tau apa yg arwah ni rasa time tu.


Bila doktor check,tgk2 ada banyak kesan lebam.Lebam yg teruk2 plak tu.Doktor tak caya arwah ni jatuh kat tandas.Terus doktor tanya warden apa hal yg sebenar.Warden kata la dia jatuh kat tandas.Tapi bila doktor kata kalau jatuh takde la kesannya teruk cam tu.Doktor terus scan otak dan badan dia.Mmg teruk gak la.Tempurung otak dia retak or pecah.Pundi kencing pecah.Ish tak sanggup aku nak citer lagi.Byk sangat organ yg rosak.Tapi Allah lebih sayangkan arwah dulu.Tak sempat doktor nak rawat dia,dia dah dijemput dulu.Ikut apa yg mak aku ckp,yg belasah tu mmg 8 org je.Lagi 6 org tu tolong cover line kot2 ada cikgu atau warden dekat2 situ.Yg ketua gangster plak budak dari KL ngan Selangor ni.No offense pada org dari Lembah Klang.Aku cuma citer apa yg mak aku dgr je.Sbb budak2 lain tu budak2 kg dari N9.Budak2 kg ni ikut pengamatan aku derang ni tak berani nak mencuba berbanding budak Bandar.So kalau ada org start,dia akan jump in je.Seriously aku takde niat nak offend budak2 Lembah Klang.Ada je budak2 Lembah Klang yg baik dan wara'.Alhamdulillah bagus2 je.Cuma point aku
budak2 dari bandar ni akhlak derang kurang molek sket la.

Kesian gak aku tgk famili si arwah ni.Mmg derang still dlm kesedihan.Si ayah plak mmg bermati-matian nak saman pihak sekolah dan jabatan pendidikan.Aku rasa tindakan tu wajar gak sbg pengajaran utk kita.Bkn ape,aku dulu duduk
asrama gak.Alhamdulillah mujur aku tak penah kena pukul je.Tapi apa yg aku perasan,kes pukul ni masih berterusan sbb warden dan pihak sekolah tak
penah tanya masalah kat junior2 ni.Plus that warden kurang bagi protection pada junior kalau derang repot kes cam ni.

Aku penah gak tgk batch aku belasah junior.Tapi takde la teruk sampai tahap tak sedar diri atau tak bermaya.Aku pun tak tau cam mane derang ni boleh sampai tahap cam tu sekali.Mmg betul2 dah dikuasai syaitan jiwa derang kot masa tu.Ikut apa yg mak aku ckp,rata2 masyarakat mesia mmg setuju kalau 8 org senior tu dihukum bunuh.Sbb apa yg derang buat tu tak berperikemanusiaan langsung.Ikut apa yg aku belajar dlm Islam pun kalau seseorg tu dah baligh,dia mmg layak dihukum ikut apa yg Islam gariskan.Tak kira la masih juvana ke tak. Mmg mudah kita ckp bersabar la dgn apa yg Allah dah tentukan.Tapi kalau anak kita dibunuh dgn begitu kejam,kita pun akan rasa hukluman bunuh tu wajar utk derang jugak.Korang bayangkanlah kalau sume rakyat mesia pun rasa hukuman tu wajar utk mereka berlapan,takkan kita masih ada rasa impati pada derang.Hanya keluarga si mati je berhak maafkan pembunuh2 tu.Itu pun Allah beri kebenaran ahli keluarga si mati utk balas bunuh balik.Ini mmg benar menunjukkan pembunuhan adalah kesalahan yg susah utk dimaafkan.Itulah 'qisas' namanya.Suatu tindakan itu dibalas dgn tindakan yg sama.Sungguhpun aku tak kenal arwah,aku harap benar aku dpt kenal dia di alam yg lain.Aku rasa rugi benar tak sempat berkenalan ngan arwah.Moga Allah perkenankan permintaanku.Aku teringin sangat nak jumpa ngan org yg baik2 cam arwah ni.Moga arwah ditempatkan di syurga bersama2dgn para anbiya',org2 soleh dan para mujahid yg syahid.Ameen.Al fatihah...

Posted By :
Mariana Aban, Mastura Herman & Zuraidah Jamahari

Empat Langkah Halang Perbuatan Buli

Dari semasa ke semasa, terdapat kes buli fizikal ekstrem yang berlaku di kalangan pelajar sekolah yang mendapat perhatian media.Kes ekstrem ini menyebabkan percubaan membunuh diri, kecederaan parah dan juga kematian.

Contoh-contoh buli fizikal ialah menolak, menampar, memukul atau memeras ugut. Dalam beberapa kes yang pernah dilaporkan, ia bukan sahaja melibatkan pelajar lelaki tetapi juga pelajar perempuan.

Menurut Profesor Olweus dari Bergen University, Norway iaitu pelopor dalam kajian buli di dunia, sekiranya kes buli berlaku dalam lingkungan 10-15 peratus ia dianggap serius.

Terdapat pelbagai sebab kenapa pelajar membuli. Sebahagian besar daripada pembuli mengatakan mereka membuli pelajar lain kerana seronok-seronok. Malah ada pembuli yang bangga menyatakan dia ketua buli di sekolahnya!

Untuk menangani masalah buli, sekolah perlu mengakui bahawa masalah ini wujud dan ia menyakitkan pelajar. Mangsa tidak akan mengadu kepada pihak pengurusan sekolah sekiranya mereka tahu cerita mereka tidak akan dipercayai dan mereka tidak dijamin perlindungan.

Terdapat empat peringkat untuk menangani masalah buli. Peringkat pertama ialah tahap sekolah, kedua tahap kelas dan ketiga tahap individu.

Bagi peringkat sekolah, langkah pertama ialah sekolah perlu mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada bentuk psikologi atau fizikal. Ini boleh dilakukan dengan meminta pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan dengan buli. Pelajar boleh juga menulis kes-kes buli yang telah mereka alami. Untuk mendapat respons yang lebih tinggi tentang perkara ini, identiti pelajar hendaklah rahsia.

Kedua, sekolah perlu mempunyai peraturan yang jelas berkaitan dengan buli. Ini bukan sahaja dilakukan dengan menampal poster antibuli di sekolah, tetapi juga mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa.

Maklumat yang terkandung dalam risalah ini merangkumi konsep buli, beberapa petua mudah untuk menangani insiden buli, siapa yang boleh dihubungi apabila berlaku kes buli dan talian telefon atau alamat e-mel untuk melaporkan insiden buli. Mereka yang boleh membuat laporan bukan sahaja mangsa tetapi juga saksi.

Ketiga, satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah perlu dibentuk. Antara ahli dalam jawatankuasa ini terdiri daripada pengetua, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar. Mereka berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya.

Keempat, perbincangan tentang buli hendaklah dimasukkan dalam agenda mesyuarat PIBG. Bagi peringkat kelas pula, satu peraturan kelas berkaitan dengan toleransi sifar tentang buli perlu dibentuk. Peraturan tersebut hendaklah menyenaraikan semua tingkah laku yang disifatkan sebagai tingkah laku buli (psikologi dan fizikal), dan apa pula hukuman yang akan diterima jika ditangkap atau dilapor melakukannya.

Setiap pelajar diberikan senarai peraturan tersebut dan mereka hendaklah menandatangani dokumen tersebut dan satu salinan disimpan dalam fail pelajar. Sebelum itu, pihak ibu bapa juga turut menandatangani peraturan berkenaan. Ini merupakan satu perjanjian tingkah laku antara pelajar dan ibu bapa atau penjaga dengan sekolah.

Dari semasa ke semasa, guru hendaklah membincang tentang isu buli dengan pelajar.

Bagi peringkat individu, ia melibatkan pembuli dan mangsa. Jawatankuasa penyelaras antibuli hendaklah mengadakan perbincangan menyelesaikan masalah tersebut bukan sahaja dengan pembuli dan mangsa, tetapi juga ibu bapa atau penjaga mereka.

Seterusnya, guru kaunseling boleh mengadakan sesi main peranan tingkah laku empatik atau tidak agresif dengan pembuli. Latihan asertif pula perlu diadakan dengan mangsa.

Sudah sampai masanya pihak yang bertanggungjawab perlu memikirkan dengan serius tentang masalah buli dan cuba melaksanakan bagaimana hendak mengatasinya atau menghalangnya daripada berlaku.

Kita tidak perlu menunggu kes ekstrem yang lain untuk berlaku sebelum kita berbuat sesuatu untuk memastikan kawasan sekolah selamat (psikologi dan fizikal) untuk anak-anak kita.

- Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub ialah Presiden Persatuan Psikologi Malaysia.


Posted By :
Mariana Aban, Mastura Herman & Zuraidah Jamahari

Parah dibelasah seniorPelajar Tingkatan Satu sekolah agama mungkin lumpuh

TEMERLOH: “Ayah janganlah menangis,” kata Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin, pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Lipis memujuk ayahnya yang sebak melihat keadaannya terbaring dan kemungkinan besar lumpuh sepanjang hayat, dipercayai akibat dibuli oleh rakan sekolahnya.

Muhammad Afiq, 13, terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Temerloh kerana cedera pada saraf tunjangnya, selepas dipercayai dibuli pelajar Tingkatan Lima dan Tingkatan Tiga dalam dua kejadian pada April dan dua minggu lalu.


Punca kecederaan Muhammad Afiq itu hanya disedari selepas dipujuk beberapa kali oleh doktor mengenai apa yang berlaku.

Bapanya, Baharuddin Muhammad, 44, renjer di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berkata, anaknya mendakwa dipukul pelajar senior di sekolah itu dua kali.

Dalam kejadian pertama, anak kedua daripada enam beradik itu dikatakan dipijak di belakangnya dengan kasut polis kadet oleh pelajar Tingkatan Lima.

Pada kejadian kedua pula, Afiq dipercayai dibelasah tiga pelajar Tingkatan Tiga dengan menghentak badannya ke almari. Afiq dikatakan mula mengalami rasa sakit pada tengkuk dan lemah seluruh anggota badan pada 27 Mei lalu.

“Afiq menghubungi saya menyatakan dia sakit, lalu saya segera mengambilnya di asrama dan membawanya ke Hospital Daerah Lipis. Bagaimanapun doktor merujuk anak saya ke Hospital Temerloh sebelum dia dihantar untuk menjalani pemeriksaan urat saraf di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.

“Dia kemudian dirujuk kepada doktor pakar saraf di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini untuk pemeriksaan lanjut. Doktor yang berbual dengan anak saya memujuknya untuk memberitahu punca kecederaannya.

“Saya diberitahu doktor pakar, anak saya kemungkinan besar lumpuh dari tengkuk hingga ke bawah,” kata Baharuddin.Beliau berkata, selepas menjalani pemeriksaan pakar di HKL, anaknya dipindahkan semula di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Temerloh untuk rawatan lanjut semalam.

“Saya tidak menyangka anak saya terpaksa berdepan dengan keadaan yang mungkin menggelapkan masa depannya. Apa pun saya reda ketentuan Illahi,” katanya sebak.

Baharuddin berkata, Afiq aktif bersukan terutama badminton dan seorang pelajar yang berdisiplin kerana pernah dilantik sebagai pengawas ketika di sekolah rendah.

“Sebelum dia masuk ke asrama awal tahun ini saya berpesan kepadanya supaya tidak bergaduh dengan rakan-rakan dan tidak melawan apabila ada rakan mengusik.

“Saya sama sekali tidak menyangka dia terpaksa berdepan dengan keadaan dibuli rakan-rakan sekolahnya,” katanya yang sedia menjaga Afiq sehingga ke akhir hayatnya jika ditakdirkan anaknya itu lumpuh.

Afiq yang kini dirawat di ICU Hospital Temerloh dilihat masih lemah dan bernafas menggunakan bantuan oksigen.

Baharuddin sudah membuat laporan di Balai Polis Kuala Lipis berhubung kejadian itu jam 11 malam kelmarin dan turut bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Mohd Shakaruddin Che Mud yang dihubungi mengesahkan menerima laporan Baharuddin di IPD Lipis, kelmarin.

Bagaimanapun, katanya laporan itu tidak menyatakan kejadian itu secara terperinci, cuma memaklumkan mengenai mangsa dikatakan sakit berpunca daripada dua kejadian berasingan.

Laporan itu turut menyatakan mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Lipis sebelum dirujuk kepada Hospital Temerloh.

“Sehingga semalam, kita mendapat tahu mangsa akan dirujuk kepada pakar saraf untuk tindakan selanjutnya,” katanya sambil memberitahu pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

oleh:

Nor Amilia bt Uni

Rusdi B. Rabi

Siti Safinah Bt Ulis